Produk > Bahan-bahan
Spirulina atau nama saintifiknya Spirulina platensis adalah planktonik, multisel, berfilamen serta menjalankan aktiviti fotosintesis. Ianya berbentuk selinder berputaran riben (helical) dan juga selinder lurus. Kebiasaanya, spirulina yang berbentuk putaran riben hadir di dalam habitat semujadi dan bentuk selinder memanjang ini pula pada asalnya adalah dari sumber yang sama. Proses transformasi atau mutasi ini berlaku apabila spesies spirulina ini di aruh atau dikultur secara buatan. Mutasi ini boleh berlaku di dalam habitat semujadi. Mutasi yang berlaku di dalam kultur komersil di sebabkan oleh tekanan fizikal dan kimia semasa proses pengkulturan. Apabila bentuk spirulina tadi berubah, ia akan kekal kepada
bentuk yang baru dan bisanya ia akan menjadidominan. Diameter sel trichome di antara 1µ - 12 µ. Saiz antara spesies adalah di antara 50µ - 60µ. Kaedah pembiakan spirulina adalah belahan dedua (binary fiesion) di mana sel trichome akan putus dan akan membentuk segmen yang pendek. Unit baru tadi akan membesar dan matang sebagai individu baru.
Spirulina mengandungi sekurang-kurangnya 65% protein. Nilai ini adalah tinggi berbanding protein dalam telur (45%), ragi bir, kacang soya (40%), susu kering (35%) dan daging lembu (17%). Kandungan lipid dari kebanyakkan alga adalah dari jenis glycerol dan asid lemak. Spirulina mempunyai jumlah lipid polyunsaturated yang tinggi iaitu di antara 20%-60%.
Selain daripada 8 asid amino yang diperlukan dan 10 asid amino yang tidak penting, spirulina juga kaya dengan vitamin termasuklah kumpulan vitamin B-Kompleks. Ia juga mengandungi vitamin B12 yang hanya terdapat pada sumber haiwan sahaja. Sebenarnya, spirulina mempunyai 2 kali ganda kandungan vitamin B12. Sebagai sumber organik vitamin B semulajadi, spirulina menggantikan keperluan sintetik vitamin B semasa. Spirulina juga mengandungi pigmen seperti beta karotina yang bertukar menjadi vitamin A apabila diserap oleh badan. 2 kilogram spirulina mengeluarkan lebih 100% vitamin A dari makanan harian yang disyorkan RDA. Tambahan pula, spirulina adalah sumber semulajadi bagi galian termasuk kalsium, zat besi, fostorus, potasium, zink dan banyak lagi unsur-unsur surihan yang lain.
Kandungan |
Khasiat |
Kandungan |
Khasiat |
Protein |
- Kandungan asid amino yang seiras protein darah manusia |
Vitamin B1 (Tiamin) |
-Diperlukan untuk fungsi sistem saraf normal |
Klorofil
|
- Meningkatkan sistem imun (pertahanan badan)
|
Vitamin B2 (Riboflavin)
|
- Memelihara selaput mukus
|
Zat Besi
|
- Membantu pertumbuhan dan perkembangan badan
|
Vitamin B6 |
Mengawal kesihatan sistem saraf normal
|
Kalsium
|
- Meneutralkan asid dalam badan
|
Vitamin B12
|
- Membina sel-sel darah merah
|
Selenium |
- Membantu melambatkan Monopous |
Vitamin E |
- Melindungi sel-sel badan |
Asid Gamma Linolenik (GLA) |
- Mencantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan |
||
Beta Karotena |
- Membaiki sel-sel yang cedera
|
||
Enzim S.O.D
|
- Membantu memusnahkan radikal bebas
|