Produk > Bahan-bahan
Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikatakan berasal dari kawasan Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menjadi sumber perawatan yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Melayu sejak dulu lagi. Melalui penulisan Gard Bull dalam buku Medical Book of Malayan Medicine, 1930 menyatakan mengkudu digunakan oleh orang Melayu untuk rawatan bagi masalah keputihan, pembuangan air kecil dan membuang toksik dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa sejak 2000 tahun yang lampau, orang Polynesia menggunakan tumbuhan ini untuk merawat masalah kandungan gula dalam darah, tekanan darah darah tinggi, sakit otot, sakit kepala dan pelbagai lagi masalah kesihatan.
Khasiat mengkudu apabila diamalkan secara berterusan boleh memberi faedah-faedah berikut kepada para pengamal:
Selain daripada buah mengkudu, setiap bahagian pokok mengkudu juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata, kulitnya boleh mengubati penyakit malaria dan disentri. Daunnya pula boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman yang bermujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Air rebusan daun mengkudu boleh menyihatkan dan mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin. Batang mengkudu boleh mengurangkan tekanan darah. Akarnya pula sesuai untuk penawar penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. Selain daripada itu, mengkudu juga boleh meredakan penyakit batuk, penyakit kuning, demam panas, merekah tumit kaki dan betis kering bersisik.
Kepentingan Xeronine
Buah mengkudu mengandungi zat pencetus xeronine yang dikenali sebagai proxironine di samping terdapat enzim yang membantu proxironine membentuk xeronine. Xeronine merupakan salah satu bahan yang penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxironine dan proxironase.
Interaksi antara antara dua bahan kimia proxironine dan proxironase ini membantu membesarkan liang-liang pada usus kecil serta mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan. Ia juga berfungsi sebagai bahan yang mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan bahan awet muda.