Produk > Bahan-bahan
Firman Allah yang bermaksud:
"Kemudian makanlah kamu (wahai lebah) dari semua macam buah-buahan, lalu berjalanlah kamu mengikuti jalan Tuhanmu dengan merendah diri. Akan keluar dari perutnya (lebah) minuman yang berlain-lainan warnanya yang padanya ada menjadi ubat bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi suatu tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir"
Surah An-Nahl, Ayat 69
Madu telah lama digunakan dalam bidang perubatan, bukan hanya sebagai satu sumber bernilai dalam pemakanan malah sebagai ramuan dan sesuatu rawatan perubatan. Dalam sejarah perubatan tertua di Egypt, madu digunakan untuk merawat luka kecederaan dan melancarkan proses penghadaman.
Komposisi utama madu adalah beberapa jenis gula, enzim dan air. Kandungan gula ringkas di dalam madu seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa berperanan untuk menghasilkan tenaga segera. Dianggarkan terdapat
kira-kira 64 kalori tenaga boleh
dapati di dalam setiap sudu besar madu. Kandungan enzim-enzim seperti invertase, diastase dan glucose oksidase di dalam madu berfungsi membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. pH madu di antara 3 hingga 9 menyumbang ketahanannya daripada rosak walaupun dalam jangkamasa lama. Malah ia mampu berperanan sebagai pengawet kepada bahan lain yang dicampurkan bersamanya. Berikutan skala pH madu kurang dari 6 ini juga menunjukkan kehadiran protein, nitrogen dan asid amino di dalam madu.
Berikut adalah kandungan vitamin di dalam madu:
Vitamin B1 (Thiamin)
|
- Diperlukan untuk fungsi sistem saraf normal
|
Vitamin B2 kompleks |
- Memelihara selaput mukus
|
Vitamin B6 |
- Mengawal kesihatan sistem saraf normal |
Vitamin C |
- Sangat diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung, tulang dan gigi
|